Westerner Vs Asian Punya Otak

Westerner Vs Asian Punya Otak

Westerner ni biasanya jenis fikir jangkamasa panjang, maksudnya long term dan bukan short-term semata. Pada masa dahulu semasa keadaan Amerika sangat teruk dari segi ekonomi, John F Kennedy minta pengkaji Sains Politik Prof Edward Banfield mencari jalan.

Ikut kajian di Amerika, mereka mendapati ramai yang kaya dan betul-betul kaya untuk jangkamasa lama ialah imigrant itu sendiri. Mereka yang datang dari luar negara dan bermastautin di negara tersebut.

Kaji demi kajian dibuat, adakah sebab mereka ini pendatang, adakah dari segi agama, pendidikan, jantina atau keturunan, tiada jawapan tepat.

Ada perkara yang sama sebenarnya bila diperhatikan, iaitu dikenali sebagai time perspective. Ini maksudnya fikir jangkamasa panjang. Mereka dapati mereka yang kaya ada tabiat menyimpan untuk jangkamasa panjang dan laburkan pada tempat yang sesuai pada mereka.

Kajian di Britain juga sama, Banfield mendapati di Britain lahir sahaja bayi, terus didaftkan di University Oxford padahal jauh lagi umur mereka sehingga 18-21 tahun kemudian.

Secara mudahnya time perspective ini bermaksud ialah lihat hasil jangkamasa panjang, dan sedia bagi komitmen penuh harian sehingga bertahun-tahun 10-20 tahun lamanya.

Di Amerika, Banfield mendapati sebenarnya kelas ekonomi dari segi kelas bawah, menengah dan atas berdasarkan juga konsep time perspective.

Kelas bawah mempunyai time perspective yang sangat singkat, ini berlaku pada penjenayah, pelacuran dan penagih dadah.

ASIA STYLE

Ini berdasarkan statistik lama, dan mengikut pemerhatian orang Asia jenis Abstract tidak objektif, dan setiap hari bangun untuk nikmati harian tersebut sahaja, misalan kalau dengar apa menarik itu mereka akan buat.

Sekarang sudah tentu tidak semua seperti diatas, tapi apa poin utama ialah ada perbezaan besar dari segi fikiran berdasarkan bangsa, negara, agama atau lebih tepat lagi iaitu kebudayaan.

APA KAITAN USAHAWAN ATAU PELABUR?

Konsep ini amat penting, contoh untuk capai ke financial freedom ,mesti dengan saving, dan saving ini amat perlukan jangkamasa panjang.

Dengan menyimpan duit tetap setiap bulan, dan laburkan serta laburkan kembali (Compound), ini akan beri banyak manfaat.

Ini merupakan Model Critical Mass.

geroazrul

Gero Azrul merupakan usahawan sepenuh masa dan sangat fokus lebih ramai orang luar sana lebih berjaya dalam memulakan perniagaan, mengembangkan dan sehingga mampu berniaga secara antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *