Skil Digital Marketing

Skil Digital Marketing

Saya tertarik dengan poin Skil Digital Marketing ialah sebab saya sendiri memang menggunakan Digital Marketing 100% dalam bina bisnes saya. Iya, kebanyak bisnes saya ialah Digital Business itu sendiri, dalam bentuk training digital, lead generations, list conversion dan lain-lain.

SKIL MENULIS

Skil menulis nie skil yang simple, tapi ramai tak mulakan kerana kebanyakan bagi alasan tak pandai menulis.

Menulis hanya perlu menulis sahaja, dan menulis paling elok ialah berkaitan dengan produk dan servis anda.

Anda boleh bina dalam konsep story telling, atau ceritakan masalah-masalah berkaitan solusi pada produk anda dan sebagainya.

SKIL VIDEO

Skil ini ialah recorded video atau zaman sekarang ialah buat live. Ini salah satu yang powerful sebenarnya. Ini kerana anda boleh mulakan di Youtube dan Facebook terutamanya.

Saya lebih tumpukan satu persatu, ini kerana nak bina skil perlu ambil masa.

SKIL STORY SELLING

Ini sebenarnya melibatkan seluruh ekosistem dalam Digital Marketing itu sendiri, keseluruhan cerita macam mana anda nak dapatkan leads dan juga convert leads to buyer.

Ini juga melibatkan anda terangkan kenapa anda lakukan apa anda lakukan, baik dari segi angka berapa lama dan berapa banyak, tapi juga the why story anda.

Kunci sebenarnya ialah buat setiap hari, setiap orang bermula dari tidak tahu apa apa.

“every master was once disaster” .

geroazrul

Gero Azrul merupakan usahawan sepenuh masa dan sangat fokus lebih ramai orang luar sana lebih berjaya dalam memulakan perniagaan, mengembangkan dan sehingga mampu berniaga secara antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *