Self-Coaching Boleh?

Self-Coaching Boleh?

Tajuk artikel asalnya saya nak buat pasal konsep mentoring, which is salah satu konsep yang saya berpendapat sangat penting. Ini kerana kalau ada mentor yang sudah lalui dengan pengalaman mereka sudah tentu membolehkan anda cut short jalan kejayaan anda. Selalu saya sebutkan sebagai quantum time.

Tugas mentor ialah memastikan anda buat apa anda perlu dan patut buat, masa sama menilai daripada pengalaman yang luas dan memperbetulkan apa yang patut dimana anda mungkin terlepas pandang.

SELF COACHING

Self-Coaching ialah anda mesti jelas macam mana anda buat sesuatu, ia juga bermaksud anda memantau anda buat dan anda fikir, dari segi kenapa, mengapa, bagaimana, dan macam mana.

Serta pastikan diri anda sentiasa disiplin, dan memerhatikan dengan sedar cara otak berfikir dan buat keputusan.

Ini amat penting kerana ia ibarat anda ialah mentor kepada diri anda sendiri, dan anda juga mentee kepada diri anda sendiri.

AMBIL MASA BERFIKIR

Setiap hari sebenarnya kena ada masa untuk diri sendiri, tambah-tambah setiap bagi ambil masa berfikir. Berfikir apa sahaja, tambah-tambah sesuatu yang boleh tambah nilai hidup anda pada hari tersebut dan perjalan proses kepada matlamat yang anda mahukan dalam jangkamasa pendek dan panjang.

MASA FIKIR ini amat-amat penting, ia mesti sentiasa dilakukan bukan sahaja mingguan, malah peruntukan untuk bulanan, dan tahunan.

SENTIASA BERTINDAK

Kunci kepada self-coaching juga ialah sentiasa bertindak, anda mesti sentiasa execute apa yang anda tahu.

The Only Way To Learn Is Actually Doing It!

Tidak kira apa hasilnya, jika silap anda tahu macam mana nak betulkan, jika bagus dan berjaya anda tahu itu anda boleh lakukan dengan lebih kerap atau skala lebih besar.

geroazrul

Gero Azrul merupakan usahawan sepenuh masa dan sangat fokus lebih ramai orang luar sana lebih berjaya dalam memulakan perniagaan, mengembangkan dan sehingga mampu berniaga secara antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *