Pemasaran & Jualan Bisnes

Pemasaran & Jualan Bisnes

Pemasaran dan jualan ialah perkara berbeza. Ada yang anda akan buat direct promo dan ada yang anda buat indirect promo. Apa yang saya maksudnya ialah anda buat terus direct jualan atau anda bina kepercayaan dulu.

KNOW LIKE TRUST

Dalam artikel ini saya kongsikan ialah konsep dimana anda perlu bina tribe pelanggan anda. Cara ini sangat ampuh terutamanya pada bulan yang anda kurang sales terutamanya.

Ada bisnes sangat laris pada Ramadhan, ada bisnes sangat krik-krik bulan Ramadhan. Jadi aktiviti kumpul tribe (database) amat main peranan penting.

Jadi bina untuk lead generation amat mainkan peranan penting. Leads ini mainkan peranan penting untuk proses bisnes, tambah-tambah kalau anda mahu optimasikan bisnes anda.

SENTIASA MUNCUL DALAM MINDA TRIBE

Anda mesti gunakan semua channel yang ada, terutamanya Facebook, Instagram, & Youtube.

Konten yang berkait mesti dibuat setiap hari, dan berterusan untuk jangkamasa panjang. Ini bukan sahaja meningkatkan kompetensi anda, tetapi bina pengaruh dengan meluas kerana konten anda akan menjadi sumber rujukan bila-bila masa.

Jadi bila ramai yang lihat anda, baca konten anda, ini akan bina KNOW, LIKE dan TRUST.

Dan jangan lupa sentiasa ada tempat untuk anda buat hubungan lebih rapat, dengan mendapatkan emel dan no telefon khususnya.

Dengan cara ini anda boleh gunakan landing page dan juga autoresponder yang sesuai. Sekarang anda boleh bina sistem autoresponder yang bukan sahaja murah malah sangat cost effective.

geroazrul

Gero Azrul merupakan usahawan sepenuh masa dan sangat fokus lebih ramai orang luar sana lebih berjaya dalam memulakan perniagaan, mengembangkan dan sehingga mampu berniaga secara antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *