Kos Memulakan Bisnes Internet 2020

Kos Memulakan Bisnes Internet 2020

Saya kongsikan bab kos mulakan bisnes Internet kali ini, ini kerana sangat beza dulu dan sekarang untuk mulakan bisnes Internet. Bisnes Internet saya maksudkan ialah menggunakan Internet untuk menjalankan bisnes utnuk mendapatkan lebih ramai prospek, pelanggan, jualan dan menguruskan sistem jualan yang lengkap.

MEDIA SOSIAL

Facebook

Facebook amat penting untuk anda ada sebenarnya, dan anda mesti ada Facebook Page, Facebook Profile dan Facebook Group. Dan kos ini ialah 100% untuk anda bina.

Instagram

Instagram juga amat penting tambah-tambah anda fokuskan kepada umur 40 tahun ke bawah.

Youtube Channel

Bagi saya ini paling penting juga, saya bina youtube channel content sejak 2016 sehingga sekarang tanpa henti. Impak amat besar sebenarnya.

DOMAIN & HOSTING

Ini menarik kerana Domain anda boleh beli mana-mana dan paling menarik ialah hosting. Hosting sekarang sangat mudah dan boleh di skalakan.

Antara yang saya gunakan paling cemerlang setakat ini dan anda boleh skalakan dengan apa yang anda buat seiring, gunakan digitalocean.com. Dan kos hanya 5USD sebulan untuk mula seiring anda isikan konten berkait dan bina trafik.

SISTEM JUALAN.

Anda boleh gunakan https://onpay.my/ sebagai salah satu CRM (Customer Relationshop Management). Ini lengkap dengan pengurusan Produk, Affiliate, dan Pelanggan serta laporan.

Anda boleh juga Set up Paypal, BillPlz, Senangpay, Paydibs, dan apa apa berkaitan yang relevan dengan anda.

PENGURUSAN DATABASE EMAIL

Ini kunci pada saya terutamanya, iaitu senarai pelanggan dan senarai prospek. Anda boleh gunakan sistem murah sekarang nie dan masukkan ke hosting di digitalocean.com anda, sebagai contoh MailWizz dan sambung dengan sendgrid.com .

Sebenarnya banyak lagi anda boleh gunakan seperti ecommerce platform seperti mudah.my, lazada.com.my, shopee.com.my dan lain lain lagi.

Mesej saya dalam artikel kali ini ialah, sangat mudah untuk bina bisnes Internet ini, dan kos untuk dapatkan pelanggan jauh lebih murah, dan sepatutnya lebih efektif dari sebelum.

geroazrul

Gero Azrul merupakan usahawan sepenuh masa dan sangat fokus lebih ramai orang luar sana lebih berjaya dalam memulakan perniagaan, mengembangkan dan sehingga mampu berniaga secara antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *