
Kenapa Kita Awal Awal Goyang?
Trading nie satu proses, dia bukan tiba-tiba kita jadi keyakinan sepenuh masa. Ada masa market ikut kita ada masa market lawan kita. Sebab itu saya selalu tekankan masa market tak ikut kita, apa yang kita kena buat. Ini akan bezakan kita nie trader tahan lama ke tidak.
Kita perlukan ilmu, ilmu ini kena datang dari ilmu yang sama, ulang-ulang sampai lebam. Ini kerana kalau kita asik tukar-tukar ilmu, tukar-tukar cikgu, dan bukan salah cikgu dan ilmu dah, salah kita sebab kita pening, kita hanya belajar permukaan kita tak sempat ke dalam betul pasal kita lompat-lompat. Ini juga buat kita goyang, tak tahu mana nak pegang nanti.
Kita perlu MANTRA, mantra ni basically maksud dia principal, kita kena ada prinsip-prinsip yang kita pegang dalam dagangan dalam pelaburan. Prinsip ini kita boleh dapat dari pembacaan, mentor, atau dari segi pengalaman. Paling senang ialah kita telan dan amal je dari mentor kita atau orang -orang dah berjaya, ini key dia.
Sentiasa bayang dalam fikiran, sebut dengan mulut mantra ini. Ini dipanggil affirmation, biar orang kata poyo, tapi kita perlu cakap ulang – ulang pada diri kita, bayang selalu diri kita, untuk masukkan programming baru dalam badan. In-fact kita perlu lakukan dalam bentuk incantation dengan membuat pelbagai suara, aksi, dan bentuk energy untuk force programming ini.
MATLAMAT sangat penting, tanpa goal, tanpa tindakan susulan pada goal, kita jadi BADIGOL. Kita ikut pasang surut, kita ikut arus orang lain, orang mudik ke hulu kita pun ke hulu, orang mudik ke hilir kita pun ke hilir. Dah asik sana sini macam mana.
LEARN TO SAY NO , iya, bila usia dah meningkat kena pandai ‘tidak berkawan’ kena pandai katakan TIDAK! Kata YES memang senang, itu yes ini yes, jadi yes Man. Kononnya nak orang lain okay kita, nak jaga orang. Tapi kesannya jangkamasa panjang, masa kita nak mampus, agaknya berapa kerat la akan tolong kau.
Jadi berani katakan TIDAK pada banyak perkara, hasilnya boleh fokus pada tindakan yang betul-betul bagi impak pada matlamat tu.
ALWAYS BERDOA – Doa ini power sebenarnya, cuba doa minta Allah tu tunjukkan jalan sebaik-baik jalan, permudahkan rezeki seluar di langit dan dibumi, gerakkan hati, minda, dan tindakan arah yang sebaik-baik untuk kita dan di Redhai Allah S.W.T.
This Post Has 0 Comments