Cara Stay Under Pressure

Cara Stay Under Pressure

Pressure ini perkara tak boleh nak elak, ia datang dari masalah sebelum ini, masalah semasa, atau masalah yang tak dijangka.

Jadi persoalan mengenai masalah ini sebenarnya tak habis. Masalah mengandungi banyak rahsia kebaikan, Ia ibarat bungkusan hadiah, yang sebenanrnya ada ‘hadiah’ bernilai kalau dibuka dengan cara yang betul.

JANGAN FIKIR MASALAH

Cara selesai masalah ialah jangan fikir masalah, ini kerana fikir masalah tidak selesaikan masalah, malah akan menambahkan masalah.

Cukup sekadar tahu, letakkan dalam nota, atau pelan tindakan, sudah mencukupi.

Ia sekadar untuk anda sedar sahaja, bukan untuk fikirkan 24jam.

FOKUS KEPADA TINDAKAN

“antidote for worry is action”

Jadi fokus kepada tindakan berbanding berfikir, tindakan apa yang perlu dibuat paling utama, jika difokuskan boleh selesaikan masalah tersebut secara sedikit demi sedikit atau sekaligus jika boleh.

Kalau masalah hutang, fokus kepada macam mana nak cari pendapatan, jualan dan sumber lain, fokus juga kepada macam mana nak simpan supaya dalam jangkamasa panjang anda ada kewangan semula.

SPIRITUAL MEMAINKAN PERANAN PENTING

Spiritual ini banyak membantu, konsep spiritual saya maksudkan bukan semata agama, atau boleh fokuskan 100% agama.

Apa yang dimaksudkan ialah masa untuk anda berhubung dengan dalaman diri anda. Masa ini mesti minda ‘ditutup suis’, fokus kepada aktiviti monotenous seperti zikir, meditasi dan sebagainya.

Ini kerana ‘ruang kosong’ akan membantu anda berfikir dengan lebih jelas.

geroazrul

Gero Azrul merupakan usahawan sepenuh masa dan sangat fokus lebih ramai orang luar sana lebih berjaya dalam memulakan perniagaan, mengembangkan dan sehingga mampu berniaga secara antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *