Boleh tak RESET hidup?

Boleh tak RESET hidup?

Saya personally berpendapat isu ini antara isu penting, saya perasan diri saya pun sendiri tendency mengikut susur galur hasil blueprint tak sedar berlaku.

Sebagai contoh bila sudah bekerja dan buat benda sama, dengan juga lakukan aktiviti sama setiap kali cuti kerja, atau cuti sekolah, atau cuti Raya, rutin yang sama dilakukan setiap tahun.

Rutin-rutin ini sebenarnya membuatkan saya sendiri perasan, ia paralize kan banyak benda dalam apa yang kita boleh buat dan ada possibility buat setiap semasa ada ruang hidup di dunia.

IYA BOLEH RESET

Reset pada saya bermaksud ialah, masih relate dengan apa yang dikongsikan oleh Brian Tracy , Zero Based Thinking – yang bermaksud dengan “apa yang aku tahu sekarang, dengan pengalaman aku ada, adakah aku akan buat benda sama, dan apa aku akan buat lebih baik. “

Jadi bila dikatakan so called reset itu juga bermaksud ialah kena ada aktiviti yang kena stop atau rutin yang kena dihentikan dan buat aktiviti atau rutin yang lain.

Adalah satu kegilaan buat benda sama dan harap hasil berbeza kata Einstein.

Dari segi risiko umur sebenarnya memang boleh berlaku, sebagai contoh umur 40an, akan berkira ada 20 tahun lagi sebelum tua kudrat yang ada. Apatah lagi 50an, 60an dan seterusnya.

Dan ini biasanya disedari bila usia dah masuk 40an, dan bagus jika ada yang fikir ini awal 30an malah 20an lagi.

Hidup ini memang tak pernah ada yang rasa cukup dan betul, tapi buat lah maksima apa yang boleh untuk bina lebih impak semasa hidup dan selepas mati.

Impak bermaksud ialah memberi nilai tambah dengan kongsi ilmu, kehidupan orang jadi lebih baik dan lebih bermakna bagi mereka.

geroazrul

Gero Azrul merupakan usahawan sepenuh masa dan sangat fokus lebih ramai orang luar sana lebih berjaya dalam memulakan perniagaan, mengembangkan dan sehingga mampu berniaga secara antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *