Bina Bisnes Dengan Sedar

Bina Bisnes Dengan Sedar

Artikel ini saya fokuskan dengan pengalaman saya dalam bisnes, dan dari pemerhatian kepada banyak kelompok usahawan yang saya jumpa terutamanya dalam Persatuan Usahawan Internet Malaysia dengan pengalaman lebih 8 tahun bersama.

3 TAHUN

Iya, titik 3 tahun bagi saya ia satu nombor keramat, kerana ia merupakan satu justifikasi yang relevan secara purata dalam pelbagai industri.

3 tahun ialah titik tepat equalirium di mana satu bisnes sudah dikira mula mendapat perhatian dan mula untuk stabil.

Bisnes saya maksudkan dari sudut branding itu sendiri. Dalam apa sahaja anda buat tidak kira apa bisnes pun tempoh 3 tahun pertama ialah tempoh penting.

Kematangan anda boleh lihat dalam 2 tahun pertama, dan memerlukan 1 tahun lagi untuk mendapatkan SOP yang boleh bantu anda buat keputusan lebih bijak.

TEMPOH 3 TAHUN

Dalam tempoh 3 tahun, anda mesti jelas anda tidak ada ROI secara terus, ini kerana tempoh ini ialah anda mesti kerahkan semua sumber anda ada untuk anda hidupkan perniagaan.

Anda akan dapat sedikit demi sikit ROE (Equity) dari segi orang kenal bisnes anda.

Dan maksud lain ialah anda tidak boleh harapkan dapat pendapatan daripada 3 tahun pertama. Anda mesti bersedia untuk ikat perut, atau anda perlu lagi buat kerja tambahan, atau bisnes lain untuk hidupkan bisnes anda.

JANGAN RUGI

Pertama sekali dalam bisnes ialah bukan buat keuntungan, iya saya tahu tujuan buat bisnes ialah nak dapatkan keuntungan, tapi masa sama anda mesti jelas kalau bisnes itu anda tidak rugi dan boleh hidup dengan diri sendiri, anda sudah dikira berjaya sebenarnya.

Jadi fokus bisnes utama ialah jangan rugi, biarkan ia berjalan dengan boleh hidup sendiri tampung apa sedia ada.

SELEPAS 3 TAHUN

Selepas 3 tahun, anda boleh lah rancang bagaimana untuk kembangkan bisnes anda. Dan dalam perkembangkan bisnes, anda boleh fokus untuk tingkatkan skil pekerja, atau fokus kepada menggunakan ICT dalam perniagaan.

Ini kerana anda patut fokus kepada menambahkan produktiviti dan bukan semata perkembangan marketing dan sales semata.

geroazrul

Gero Azrul merupakan usahawan sepenuh masa dan sangat fokus lebih ramai orang luar sana lebih berjaya dalam memulakan perniagaan, mengembangkan dan sehingga mampu berniaga secara antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *