skip to Main Content

Berapa lama masa nak master dalam trading?

Ini kisah benar.

Dulu saya masa mula tahun 2007 tu memang tak ada mentor pun sangat, kalau ada pun mereka pun sama masih awal dan tak tahu guna pelbagai konsep struktur market. Dan terima kasih juga pasal mereka antara terawal membantu memandaikan bangsa.

Saya ambil masa 3 tahun turun naik dengan teruk, margin call beberapa kali. Dan lepas 3 tahun tu, baru sedar cara guna lot, hormat timeframe besar. Dan lepas tahun tu baru jadi betul-betul okay dan make money.

Sekarang ini pula ada yang juga dah belajar dengan saya, ambil kurang 2 tahun untuk betul-betul make money dalam forex. Ini sejak saya kongsikan silibus langkah demi langkah di youtube.

Dan masa sama yang baru belajar sekarang nie dah 2-3 bulan dah boleh make money dengan konsisten. (tinggal emosi je sikit-sikit – itu normal).

Saya perhatikan sebenarnya boleh je kita accelerate belajar dan aplikasi nie..

  1. Mesti sanggup belajar – apa saya maksudkan ialah kena sanggup di ‘ajar’, ramai saya perasan buat – buat pandai sebab konon dah pandai basic, tengok youtube jenis cepat kaya, jadi apa berlaku sebenarnya korang tak tahu apa apa dan kena belajar dari awal.
  2. Kena ikut silibus – ini ada cara penggunaan satu persatu, ikut silibus, ini kerana kalau terus lompat ke sekolah menengah tanpa masuk sekolah rendah dan tadika, itu confirm cari nahas. Apatah lagi kalau konon terus nak advance (univesiti), total out lah jawapnya.
  3. Kena belajar secara teori dan praktikal – ini benda paling penting, kena ada belajar dari segi teori bimbingan dan kemudian praktikal dalam live market.
  4. Dalam live market perkara paling penting ialah DMP (Decision Making Process) kita sendiri. Ini akan buatkan kita faham, berapa modal kita perlu ada, macam mana nak grow modal, macam mana nak trade ikut modal, macam mana nak kawal risiko ikut urus aset sendiri.
  5. Kena ada mentor – iya kena ada mentor yang selalu ada dengan kita, boleh bimbing setiap hari, boleh tunjuk ajar dengan tim dan komuniti yang strong.

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top