Bagi Orang Suka Kita

Bagi Orang Suka Kita

Saya juga selalu ada masalah sama dulu, iaitu tak peduli apa orang suka atau tak suka saya, apa ada hal, sebab hidup nie jauh lebih baik berterus terang cakap apa yang betul daripada cakap benda-benda manis buat orang suka kita.

Iyalah, kalau ikutkan saya sendiri hidup sendiri, bisnes sendiri, memang macam tu. Tapi kalau selalu buat kepala sendiri orang tak suka kita, susah juga nak bagi bisnes kembang.

Jadi macam mana nak bagi orang suka kita?

SENYUM

Iya senyum nie memang nampak simple gila tapi senyum nie sebenarnya kuasa besar. Dalam agama pun digalakkan kita senyum, dan selalu dikatakan senyum itu sedekah.

Dan senyum ini membuatkan orang rasa senang hati dengan kita, dan setiap orang yang kita jumpa nie sebenarnya ada sahaja masalah beban mereka tanggung, jadi senyum ini meringankan beban kepada mereka, dan kalau nak kerjasama dengan kita bukan buat beban yang baru.

SEBUT NAMA

Sentiasa ingat orang yang anda jumpa, ini kerana sedaya upaya ingatkan nama mereka. Kaedah mengingat anda boleh cari mana-mana di Internet atau belajar mana-mana anda mahu diluar sana.

Nama ini kalau anda ingat, ini akan beri sikit kelebihan pada anda, bukan sahaja nama, tapi anda tahu ‘panggilan’ tertentu yang biasa orang panggil, dan yang anda jumpa itu sendiri suka dipanggil begitu.

BERSETUJU

Bab ini sebenarnya kelakar juga, dan payah pada saya asalnya. Iyalah, bayangkan kalau orang cakap tak tepat, atau rasa tak betul pada saya, takkan saya nak bersetuju kan!

Tapi hakikat sebenarnya, anda kena setuju walau tak berapa betul. Apa-apa hal setuju dulu. Setuju ini akan pecahkan tembok skeptikal dan akan membuatkan anda jadi rakan sekutu mereka.

Bila dah jadi rakan sekutu mudah lah kan! Apa sahaja idea atau projek mudah nak jalan.

INTEGRITI

Bahasa mudahnya ialah jaga apa patut kita jaga, buat apa patut anda buat. Kalau diberi amanah jaga amanah sebaiknya, kalau disuruh lakukan sesuatu buat sesuatu sampai jadi.

Ini integriti utama dalam bisnes.

geroazrul

Gero Azrul merupakan usahawan sepenuh masa dan sangat fokus lebih ramai orang luar sana lebih berjaya dalam memulakan perniagaan, mengembangkan dan sehingga mampu berniaga secara antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *