Pelan Tindakan Perniagaan Hebat

Pelan tindakan merupakan satu perkara yang kritikal dalam perniagaan. Kegagalan dalam membuat pelan tindakan akan membawa kepada kegagalan perniagaan.

Tidak kira apa sahaja yang anda buat, tiada pelan tindakan akan membawa kepada tiada proses, dengan tiada proses akan membawa kepada tiada sistem, dan tiada sistem akan membuatkan perniagaan menjadi tidak cekap walaupun mempunyai visi dan misi yang jelas.

  • Pelan tindakan boleh dikategorikan sebagai 2 bahagian utama:

Seperti post yang lalu, saya menekankan mengikut apa yang dinasihatkan oleh Jutawan Robert G. Allen, pemasaran adalah paling besar pecahan antara pembuatan dan operasi. Peratus adalah sangat tinggi hingga 60%-80%.

Pemasaran yang membolehkan sesuatu produk atau servis dijual dan bukannya produk itu sendiri, kecuali produk itu sudah menjadi bahan bualan orang ramai. (Words Of Mouth).

Jadi dalam pelan tindakan yang hebat ialah mesti mempunyai bahagian pemasaran yang besar dan berskala tinggi. Tinggi disini bukan bermaksud tinggi dari segi kos tetapi tinggi dari kekerapan promosi pemasaran.

  • Mula-mula saya akan sentuh kepada bahagian pembinaan produk (Product Creation).

Dalam membina produk perkara paling penting ialah cuba dalam skala rendah dahulu, iaitu cuba jual pada satu orang, dan jika orang tersebut membeli dan cuba jual kepada 2 orang.

Ini termasuk anda maklumkan di ruangan Facebook anda, anda nyatakan siapa berminat untuk dapatkan produk anda. Jika terdapat sambutan, kebarangkalian akan menjadi tinggi untuk produk anda dijual.

  • Kitaran hidup produk

Kitaran hidup produk menurut pengalaman saya, tidak wajar 100% bersandar pada product life cycle semata. Ini sebenarnya bergantung pada apa jenis produk anda. Jika produk anda jenis bersaing di peringkat global dan besar, anda perlukan remodification dari masa ke masa untuk memastikan sustainability .

  • Senario Kajian Tempatan

Ambil sebagai contoh jika anda melihat, sambutan air tebu meningkat di setiap pasar ramadhan. Jadi anda sudah tahu, fokus jualan anda di pasar Ramadhan pada setiap bulan puasa.

Jadi proses tindakan yang perlu anda buat ialah apa yang boleh anda buat dalam bentuk skala besar di Pasar Ramadhan. Rata-rata menurut kaji selidik saya, saya mendapati ramai yang mahu menjual air tebu di pasaran ramadhan.

Cuma perlu diteliti akan terdapat beberapa kekurangan jika anda menjual air tebu sendiri (kecuali anda jual dalam bentuk skala tinggi siap dengan kiosk dan branding yang menonjol).

Terdapat 2 persedian dalam 2 prespektif berbeza boleh dilakukan:

  • Menjual air tebu dengan branding dan skala besar.
  • Membekal batang tebu kepada penjual tebu
Jika anda menjual air tebu, persediaan yang lebih awal perlu dilakukan,
  • Fikirkan apakah jenama yang unik dan sedikit menonjol
  • Rangkaian perniagaan di tempat pasar Ramadhan
Anda mungkin sedikit terpinga, tetapi teruskan dengan apa yang saya bakal kongsikan.
Kunci utama ialah anda mahu menaikkan branding anda dari masa ke masa. Sebagai contoh jika anda membuat jualan dengan mesin yang besar dan konsep air tebu dalam pelbagai saiz dan harga untuk menguasai segmen pembeli itu akan menarik perhatian.
Cuma rahsia disebalik kejayaan ialah bukan pada kali pertama anda buat begitu, ia perlu berterusan, sebagai contoh anda perlu lakukan pada tahun kedua dan tahun ketiga seterusnya.
Biasanya penerimaan lebih besar pada tahun ke tiga dan seterusnya. wohooo. lamanyaa.. iya, begitulah perniagaaan, apabila anda sedang bina sesuatu yang baru anda perlu ada mindset yang berskala besar juga. Perniagaan tidak dibina dalam sekelip mata, atau sebulan dua. Ia perlu konsisten dan mengambil masa bertahun-tahun lamanya.
Berbalik kepada pelan tindakan tadi, saya rangkumkan dengan bahasa mudah seperti dibawah;
  • Anda mesti mempunyai pelan tindakan 3-5 tahun dari sekarang.
  • Anda bina produk anda bermula dari sekarang dengan jenama yang unik dan teruskan dengan skala rangkaian besar. Sebagai contoh, kiosk yang dibuka dalam 4-5 tempat pada satu masa.
- Gero Azrul

 

2 Responses to “Pelan Tindakan Perniagaan Hebat”

Leave a Reply

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS