Kereta Dicuri Dan Dapat Semula

Road Tax Curi

Baru-baru ini kereta Alza milik isteri saya dicuri dan dibawa lari pada 27 Oktober lalu. Fokus utama penceritaan ini bukanlah mengenai tempat dicuri dan sebagainya. Fokus cerita ini ialah untuk memberi anda gambaran proses yang telah saya lalui dan mungkin anda terkena perkara yang sama.

Selepas menyedari kehilangan kereta Alza, saya terus membawa isteri ke balai polis di kawasan rumah saya. Dan seperti biasa, anda perlu ketahui bahawa pembahagian kawasan untuk majlis Daerah, Polis adalah berbeza sama sekali. Jadi kawasan untuk buat report polis mesti dikenal pasti dahulu.

Selepas membuat report polis, anda akan terus dibawa berjumpa pegawai penyiasat atau selalu dipanggil IO (Investigation Officer). Jadi beliau akan menguruskan hal kes ini untuk anda. Sebarang masalah, bantuan, atau report jumpa semula mesti di rujuk pada IO yang bertugas untuk kes anda.

Namun usaha IO sahaja tidak mencukupi anda mesti juga berusaha sendiri dengan beberapa cara. Antara cara yang anda boleh buat ialah:

#1 – Cuba kaedah yang disarankan oleh Harun Din dengan membaca Yasin

http://www.islamituindah.my/kaifiat-bacaan-surah-yaasin-untuk-mengembalikan-barang-hilang

#2 – Selepas itu minta orang-orang yang anda kenal atau orang yang dikenal oleh rakan taulan atau sedara mara minta usahakan dan ikhtiarkan. Termasuklah orang-orang yang mengamalkan perubatan meta fizik dan sebagainya.

#3 – Hubungi mana-mana pembuat kereta sewa , atau orang yang biasa tahu dengan kereta curi (andai anda kenal) .

Kisah saya bagaimana dapat kereta saya semula

Saya mendapatkan kereta saya ialah dengan membuat semua diatas, dan ceritanya bermula begini;

Semasa saya sedang berehat, tiba-tiba satu sms datang bertanya,

” If anyone looking for wxx XXX , please contact me’ , dan saya terus call dan bercakap bersama beliau yang dikenali sebagai Hisyam. Hisyam memberitahu ada sebuah kereta ditinggalkan di Masjid Pusat Bandar Puchong , Alza Hitam tapi ber plat Johor. Tapi beliau dah lakukan pencarian di JPJ dimana roadtax yang berada di kereta itu adalah milik seorang di simpang pulai. Dan beliau terus menghubungi pemilik tersebut, dan didapati kereta tersebut dipecah dan hanya Road Tax yang hilang.

Pencuri tersebut mencuri kereta saya Alza Hitam, dan terus ke Bukit Tinggi, Kelang dan pecahkan kereta Alza hitam lain dan mencuri roadtax, fokus mereka ialah duplicate Alza tersebut supaya kereta saya tidak dijumpai (tukar roadtax dan plate number) .

Jadi semasa dijumpai plat kereta saya telah diubah, yang membolehkan kereta saya dijumpai ialah Hisyam telah melihat no chasis pada engine depan dan rujuk pada JPJ dan didapati nombor kereta berlainan dan melalui internet beliau search nombor kereta dan menjumpai nombor telefon isteri saya (Tiada diangkat) kemudian nombor telefon saya melalui facebook. Dan beliau telah blast sms yang mengatakan jika ada sesiapa mencari Wxx XXX hubungi beliau.

Saya terus bergegas ke sana dan membawa geran dan police report yang telah dibuat awal sebulan lalu sebelum malam tersebut. Dan sungguh terkejut bagai tidak percaya saya melihat memang betul Alza saya yang telah ditinggalkan oleh pencuri kereta tersebut.

Jadi semasa pergi ambil berikut ialah gambar gambar semasa kejadian jumpa tersebut:

tukar plat pada roadtax curi

Kunci dipecahkan
Barang pencuri penuh di atas seat
Seat Belakang DiBuang

   Kes Insurans

Apabila sampai sahaja di Masjid Pusat Bandar Puchong, dan melihat kereta tersebut terus saya terfikir bagaimana hendak bawa pulang kereta tersebut. Jadi saya terus call insurans MAA Takaful, dan gagal meminta bantuan untuk Tow Truck, ini kerana mereka hanya beroperasi pada hari biasa sahaja. Memang tak bagus betul kalau emergency macam ini pun tidak dapat meminta bantu.

Apa yang saya buat ialah terus call smartassist Perodua, Alhamdulillah 24/7 mereka ada dan berjaya mendapatkan towing service, oleh kerana ini kes curi kereta, mereka menyuruh saya bayar pada tow truck RM120 kerana ini bukan dalam coverage (katanya) . Jadi kereta selamat ditowing dan saya bawa pulang ke rumah. Saya khuatir kereta makin teruk keadaanya apabila berada dibalai.

Walaubagaimanapun, kereta jika dijumpai sendiri elok bawa balik rumah dahulu kerana dikhuatiri di ‘barai’ oleh individu lain.

Tow Truck

Keadaan Kereta

Keadaan kereta boleh kata 25% damage, antaranya ialah cermin yang telah disembur dengan cat spray biasa, dikikis dengan kertas pasir untuk siri nombor yang di tulis pada cermin, kerusi yang dicabut, pemegang tempat letak tangan pecah, key barrel pecah, badan bekas seret tepi, tayar spare hilang, alat kecemasan kereta semua hilang, dan beberapa barang komponen lain.

Antara yang pelik dalam kes ini melalui pengalaman saya

Sticker Cermin Depan Yang Terdapat Kalimah Allah, Muhammad.

Dan kes pihak polis tidak bersistem

Semasa saya menghubungi pemilik kereta yang pecah tersebut, beliau menceritakan kereta beliau dipecah di pejabat isterinya bekerja. Semasa melihat di dalam CCTV bangunan tersebut, beliau jelas nampak plat kereta saya digunakan oleh pencuri terbabit dan terus membuat laporan polis. Apa yang ironinya ialah, IO tersebut tidak melakukan apa-apa tindakan, hanya berkata tunggu dan lihat.

Walhal sudah jelas dapat nombor kereta yang digunakan pencuri tersebut, dan tukul yang digunakan oleh pencuri terbabit memecahkan kereta juga tidak diambil untuk periksa. Pemilik yang dicuri roadtax pula terus check di JPJ untuk membantu siapa pemilik kereta curi itu, dan maklumat lanjut tidak boleh diperoleh untuk menghubungi atas dasar keselamatan.

Apabila dicheck sama melalui kaedah sms, nombor kereta pemilik yang dicuri roadtax telah melanggar had kelajuan dan didapati di slim river dan beberapa tempat lain diutara. Saya sungguh hairan dengan kecekapan polis, sepatutnya apabila kenderaan saya hilang dan report disini, dan ada yang memberi nombor aduan kenderaan sudah jelas boleh dibuat kesimpulan bahawa, roadtax dicuri oleh kereta yang dicuri kerana saya juga membuat report pada hari yang sama.

Jika sudah tahu roadtax hilang dicuri, kalau buat sekatan jalan raya pun sudah dapat ditangkap terus, tapi mungkin ini tidak berlaku untuk orang biasa, rakyat biasa. Hanya orang berpengaruh sahaja mungkin baru polis bergegas membuat tindakan. Dan jelas pada saya kebanyakan individu yang berkerja sebagai polis adalah jenis minda government servant dulu kala lagi.

Hampa saya pada individu bukan pada pihak polis, jangan salah faham pula. hehe.. :D . Apa pun jika ada perbincangan untuk dibincangkan saya sedia membantu. Saya menulis ini pun kerana saya dibantu oleh Internet untuk dapatkan kereta saya. Mungkin kalau anda hilang kereta atau apa pun, postlah pada blogger.com dan sebagainya untuk membolehkan orang mencari anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Responses to “Kereta Dicuri Dan Dapat Semula”

  • edzran nawi on December 2, 2011

    ade polis tu kata…bayaran bulanan tertunggak berapa bulan???bangsat….gua gaji ribu2….xkan xleh bayar instalment 4 ratus….memang polis kerja kalau kita ada relative atau kenal bos2 diorang……..

    • Gero Azrul on December 2, 2011

      Ade pulak cakap camtu, kalau nak bergurau pun x kena sebab sinis tu.

  • sabree hussin on January 6, 2012

    bukan senang nak dapat balik kalau kereta hilang ni

    • Gero Azrul on January 9, 2012

      Iya memang bukan senang, syukur Alhamdulillah. Kata siak tu, 1/1000 pun mungkin susah nak dapat.

  • adam kishen on January 29, 2012

    kereta saya hilang 2hari lalu

    Wira SE (black a/b) wpd 7792
    hilang kat luar kelana puteri condominium, kelana aya
    any info let me know. thanks

    • Gero Azrul on March 24, 2012

      Sapa jumpa dapat bantu kawan kita nie, WPD 7792.

  • adam kishen on January 29, 2012

    kereta saya hilang 2hari lalu

    Wira SE (black a/b) wpd 7792
    hilang kat luar kelana puteri condominium, kelana aya
    any info pls let me know (019-2511737) thanks

    • Gero Azrul on February 6, 2012

      InsyaAllah kalau ada berita saya sampaikan.

      • rizal on May 11, 2012

        produa viva saya dilarikan 850manual putih…dah dua bulan lebih dia pinjam smpai skrg xhntr boleh tolong lau terserempak hubungi saya 0133959892 atau bgtau polis sbb sy dh buat repot

        • rizal on May 11, 2012

          mungkin ariel kajang bangi or selangor….org dh kira berumur n dh ada anak suami dia bertubuh besar macam india masa pinjam sy sempat ambik ic n lesen….

  • maria on February 13, 2012

    Salam,Alza Putih WTW 9114,milik suami hilang,pd 27 Januari 2012 semasa berada di kediaman taman bukit serdang,jika ada sebarang maklumat sila hubungi Azli 0122583403/maria 0192870204, terima kasih. Terima ksh ataspanduan en

  • Azli on February 13, 2012

    Salam, Kereta Produa ALza Putih EZ WTW9114, sy telah di curi di kediaman kami di Taman BUkit Serdang pada 27 Januari 2012. Pada sape2 yang ada melakmumat mengenainya , sila hubungi Azli 012-2583403/019-2870204. Kerjasama amatlah dihargai. Blog khas http://www.alzawtw911.blogspot.com.

  • Azli on February 13, 2012

    Maaf sedikit kesilapan blog address :www.alzawtw9114.blogspot.com

  • sobri on March 22, 2012

    salam smua,sy jg merupakan slh seorg mgsa kecurian kereta.sekirany ada sesiapa terjmpe @trlihat kereta honda city model S no.pendftran WUW 9905 blhla menghubungi sy di 0123477182-sobri

    • Gero Azrul on March 24, 2012

      Haih, kes curi nie menjadi jadi. Honda City ni biasa kena belasah terus hantar ke luar negara. Area Klang banyak kena kumpul sana.

  • Hairy on March 23, 2012

    kereta dibawa lari.

    Iswara Aeroback 1.3 warna hijau matelik. MAW 1627. Sesiapa terjumpa sila call 0176671964..

    • Gero Azrul on March 24, 2012

      Semoga cepat jumpa.

      • Hairy on March 26, 2012

        masih x dpt dikesan…

  • jasni on March 31, 2012

    Salam kereta saya dilarikan kata nk sambung bayar tp dh dekat 2 tahun tak byr saya akn jadi muflis kalau masih tak dpt kereta tu wira aeroback hijau melenium WHR5028 Harap sesiapa yang ada info dapat membantu kereta kini mungkin berada di Banting untuk info jika trjumpa boleh terus hubungi saya 0162362519

    • Gero Azrul on March 31, 2012

      Semoga dapat selesaikan masalah dengan cepat. Tak report polis ke, kata kereta dilarikan?

  • jasni on April 1, 2012

    Dah report masalah kalau tak jmpa keta tu kena byr tunggakan dkt 2 tahun atau muflis.bulan 4 ni last chance bank bg adui.

  • amin on April 19, 2012

    salam semua.mohon pertolongan sahabat sekiranya menjumpai kereta milik saya toyota fortuner wpf 6393 hitam, stripe tepi telah dibuang. tolong hubungi saya amin, 0102615341..paling akhir kereta dikesan melalui saman di bentong. ditipu oleh car dealer di negeri sembilan. moga ALLAH permudahkan. ameen

  • hanie on April 20, 2012

    Mohon kerjsama anda , kereta wira sedan, biru gelap,plate WFD3038, hilang di puri aiyu kondo ,seksyen 22 shah alam,sila hubungi saya 0162467346 sekiranya ada ternampak kereta tersebut.terima kasih,

  • remy on May 4, 2012

    kereta saya hilang.. Satria SE 2004 (Kuning) WMH 5168 03/05/2012 di Flora Damansara, Damansara Perdana.. any info, please call/sms me 0135631806.. Thanks..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *