3 Cara Berniaga Dengan Betul

Salam hormat,

Sekali lagi dalam entri kali saya fokuskan kepada 3 cara atau 3 elemen utama dalam berniaga, tidak kira anda menjalankan usahawan online atau offline yang paling penting ialah anda memahami konsep asas ini.

Kenapa konsep asas ini penting?

Saya telah memulakan perniagaan dalam pelbagai bidang, dan sudah tentu saya pernah menjadi dari data entry, menjaga padang golf, buat tournament futsal, buat pakej pelancongan dan sebagainya.

Saya juga pada masa menjalankan perniagaan online dengan menjual kepakaran rakan saya dalam bidang pelaburan. Dan akhirnya kami berpecah juga kerana masing-masing membawa halatuju sendiri.

Pengalaman demi pengalaman bermula dengan mengajak rakan baik ketika belajar di Universiti juga hancur, mereka juga berpakat untuk membuat projek sendiri.

Akhirnya saya bertanya mana yang betul ini, dan tidak faham kenapa ini berlaku. Dan akhirnya konsep yang bakal saya ceritakan inilah yang penting dan menjelaskan apa berlaku sebenarnya.

Apakah yang pertama?

Rata-rata 90% orang ramai fokus kepada pembelajaran membuat sesuatu perkara, bagi mereka inilah paling penting dalam perniagaan. Iaiatu belajar selok belok perniagaan. Dan kalau anda perasan, banyak yang belajar tapi tak banyak yang berjaya.

Saya juga pernah mengajar dari segi pengalaman saya, saya melihat ada yang terus laju dan buat apa diajar dan ada yang perlu masa yang agak lama, dan mungkin tidak terbuat.

Asasnya ialah masalah 1 iaitu bukan fokus kepada selok belok perniagaan tetapi…

#1 Tingkatkan Modal Insan

Konsep ini saya ambil dari Billionaire dunia iaitu Robert G Allen, beliau memanggil yang pertama ialah ‘BE HOW’ , maksudnya ialah fokus kepada elemen modal insan dahulu.

Mereka yang mempunyai kekuatan modal insan yang kuat akan memberikan banyak kelebihan apabila membuat sesuatu perkara terutamanya dalam bisnes.

Dan nilai kekuatan ini perlu ada ialah sehingga 55% dalam pecahan elemen perniagaan.

#2 Lakukan Secara Berjemaah

Dalam agama juga sering menyebut betapa pentingnya berjamaah, pahala solat seorang diri dengan pahala solat berjemaah adalah beza sehingga 27 X ganda.

Begitu juga dalam perniagaan, adalah penting untuk kita lakukan berjemaah, ini kerana ada yang anda tidak dapat buat semua pada satu masa, dan dapat dibantu oleh rakan niaga atau pasukan anda.

Kekuatan jemaah adalah 35% selepas 55% daripada modal insan.

Secara jelasnya ialah ahli kumpulan juga perlu modal insan yang tinggi, kegagalan dalam kumpulan biasanya ahli kumpulan tiada modal insan yang tinggi.

#3 Pengetahuan bisnes belajar semasa lakukannya

Jangan fokus kepada sangat nak tahu semua dalam satu masa, ini kerana proses belajar sebenar ialah semasa anda melakukan perniagaan itu sendiri. Jadi ilmu yang cukup dapat diterapkan semasa proses menjalankan perniagaan itu sendiri.

Teringat saya pada kata-kata Event Organizer terbesar dunia, Richard Tan , Malaysia. ‘You don’t have to know everything to start anything.’.

2 Responses to “3 Cara Berniaga Dengan Betul”

    • Gero Azrul

      Iya, praktikal ialah menjalankannya, cuma pada peringkat awal penting juga kita mengetahui teori dan praktikkannya selepas itu.

      Reply

Leave a Reply

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS